? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 5, 2010

Lelaki Idaman ...

Lelaki idaman…
Seorang lelaki yang aku idamkan Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta...
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha ..
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi ..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah ..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya..
Biarlah dia seorang bisu,
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran ..
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran ..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran ..
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran ..
Dan lantang menyuarakan kebenaran ..
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil Bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman Pada wanita yang bukan mahramnya ..
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya ..
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya ..
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya ..
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran ..
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya ..
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH ..
Kembali megah di muka bumi ..

0 comments: