Adam, mengertilah... Hawa bukanlah insan yang kuat.. bukan juga insan yang bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dengan godaan syaitan & nafsu sendiri.. Adam, mengertilah... sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa yang serba kekurangan ini.. Adam, mengertilah... Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tahu permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati... Adam, mengertilah... setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....Adam, mengertilah... setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam..jangan disalah tafsir apa yg Hawa berikan.. Adam, mengertilah... Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya... Adam, mengertilah...
Saturday, February 27, 2010
7 Tips Yang Boleh Memotivasikan Diri Anda Di Waktu Pagi ...
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi. Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri. Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Posted by aennsunny at 5:35 AM 0 comments
Baik Diam ..
Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian. Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Diam orang mukmin itu ibadah,Ibadah tanpa perbuatan,Ibadah rasa,Ibadah ini tidak meletihkan,Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,Yang hatinya didalam kelalaian,Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?Kadang-kadang memikirkan dosanya,Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,Atau dia meniatkan, dia diam itu,Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,Takut dia melakukan kesalahan,Seperti dia mengumpat atau,Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,Baik atau jahat,Dia biarkan saja orang itu bercakap,Dan mendengar sahaja,Kerana nak mengenal orang itu,Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,"Diam-diam ubi berisi"atau"Diam-diam tong kosong"atau "diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"
Posted by aennsunny at 5:26 AM 0 comments
Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Posted by aennsunny at 5:14 AM 0 comments
Untuk Wanita ... Fikir Dan Renungkan ... Amalkan
- Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
- Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
- Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
- Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan
- Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
- Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
- Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
- Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
Posted by aennsunny at 5:08 AM 0 comments